Thursday, October 30, 2008

FANTASTIC FOUR



Rabu(29.10.2008) : Setelah selesai Majlis Penutup International Halal Certification Dialogue di KLCC, kami berempat mengambil gambar kenang-kenangan di situ. Mungkin gambar terakhir di HDC.

Dialog berlangsung selama 2 hari bermula 28.10.2008 sehingga 29.10.2008. Saya tidak mengikuti sepenuhnya perjalanan dialog tersebut tetapi hanya beberapa minit sahaja yang sempat saya ikuti. Mungkin rakan2 saya akan menceritakan isi2 penting sepanjang ia berlangsung.

Pada hari Ahad(26.10.2008): Saya dan Jo dotugaskan sebagai L.O di KLIA untuk menjemput wakil dari Turki, Jerman dan Amerika Syarikat. Satu peristiwa kelakar telah berlaku. Saya menyangkakan tetamu dari negara Turki akan bertutur dalam Bahasa Arab. Jadi, saya pun mengalu-alukan mereka dengan Bahasa Arab serta bertanya tapi... diaorang tiba2 cakap Bahasa Inggeris sambil berkata "HOW ARE YOU?" Hahaha. Pastu, terus la kami cakap Bahasa Inggeris walaupun tidak fasih. Diaorang pun tidak berapa fasih berbahasa Inggeris.

1 comments:

fakarudinft said...

Teman tau sape dalam gambo tu...bakal makwe joe..