Semalam saya, Izzuddin dan Razi telah mengiringi rombongan bagi phak pengantin lelaki ke Kampung Batu 8 Sijangkang. Sebanyak 7 buah kereta mewakili rombongan pihak lelaki. Kami bertolak pada pukul 11.15 pagi dari Masjid Putra, Putrajaya.
Sebagai memenuhi permintaan Abang Apiet(pengantin lelaki) supaya menjadi jurupandu arah ke rumah pengantin perempuan melalui Lebuhraya KESAS, maka saya pun bersiap sedia bersama rakan2 di hadapan Masjid Putra. Baik tuan!!!
Rombongan berhimpun di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan. Wow, segak bergaya Abang Apiet. KERIS BERSARUNG tersemat kemas ditubuhnya yang sasa. Tak dilupakan juga tengkolok ibarat pahlawan Melayu dahulu kala. Warna emas lagi tuu….Hahaha.
“Abang Apiet, jom naik kereta saya” saya lantas menyapa sebaik sahaja pengantin mahu bergegas menemui pasangan hidupnya. Mukanya tersenyum lebar sahaja sepanjang perjalanan.
Sebaik sahaja tiba, parking telah disediakan oleh Ustaz Zamri. Hahaha. Inilah kelebihannya apabila kita bawak pengantin naik kereta kita. So, masalah parking dah selesai. Tak payah nak sakit kepala nak cari tempat kereta berteduh.
Setelah selesai di rumah pengantin, kami bertandang di rumah mertua Ajis yang terletak di Kampung Jenjarom. Kami berbual lebih panjang di sana memandangkan sudah lama tak bersua muka dengan Ajis. Ajis masih tetap kelakar macam dulu. Hahaha.
Rasa sunyi apabila kehilangan seorang lagi teman bergurau. Kebiasaannya, apabila kami berkumpul di rumah masing-masing ada cerita yang akan dikongsi. Tambahan pulak, kuarters kamilah yang riuh rendah apabila cerita2 kelakar diceritakan oleh Ustaz Zakaria. Kali terakhir yang saya ingat apabila Ustaz Zakaria menceritakan tentang perangai kucing. Hahaha. Sampai bergolek2 kami serumah ketawa. Maka, tinggallah 3 orang jejaka teruna sahaja di kuarters iaitu saya, Jo dan Razi.
Pasni, boleh la kami ziarah Abang Apiet di kuarters Presint 11. Jaraknya tak jauh pun dari kuarters saya cuma parkingnya agak sesak tapi itu adalah situasi normal di Putrajaya.
2 comments:
Selamat pengantin baru kepada AbangApit dan isteri..
tak sangka nasir yg jd pengapit, kami gi kenduri rumah ida tp sampai dah pukul 5.30 ptg..
Post a Comment