Baru2 ini, saya jalan2 di sekitar Masjid Putra. Sedang makan ais krim Banana Split, tiba-tiba satu suara yang macam saya kenal menegur saya. Oh, rupa2nya Fauzan. Rakan serumah sewaktu di Nilam Puri. Hmm...rupa masih tak berubah cuma saya dimaklumkan sekarang dah ada dua orang anak. Hehehe... Oo, dia sedang bertugas menjaga murid2nya untuk lawatan sambil belajar di Putrajaya. Muka jer nampak serius tapi lawak jugak orangnya.
Tuesday, November 25, 2008
TERSEREMPAK LA PULAK
Baru2 ini, saya jalan2 di sekitar Masjid Putra. Sedang makan ais krim Banana Split, tiba-tiba satu suara yang macam saya kenal menegur saya. Oh, rupa2nya Fauzan. Rakan serumah sewaktu di Nilam Puri. Hmm...rupa masih tak berubah cuma saya dimaklumkan sekarang dah ada dua orang anak. Hehehe... Oo, dia sedang bertugas menjaga murid2nya untuk lawatan sambil belajar di Putrajaya. Muka jer nampak serius tapi lawak jugak orangnya.
Labels:
ukhuwwah
Friday, November 14, 2008
KEMBALI KE JAKIM
Gambar sewaktu di Bahagian Hub Halal, JAKIM Putrajaya. Inilah gambar masa berumur 24 tahun. Penuh bergaya Yob!!!
Alhamdulillah. Permohonan pertukaran untuk kembali bertugas di JAKIM telah diluluskan sebaik sahaja saya, Naim dan Jo telah menerima ACCEPTANCE OF RESIGNATION dari HDC. Tak tahu lah ke mana kami akan ditempatkan selepas ini. Yang penting, keluar dari HDC yang sarat dengan masalah tuu... Entah apa2.
Edar borang survey tapi suruh tick nama sebenar kita. Kononnya maklumat tu orang lain takkan tahu melainkan DIA sahaja. Ingat kami ni budak2 belum mumayyiz ker? Begitulah dangkalnya akal manusia yang anggap dirinya sahaja yang betul. Dihiaskan pulak dirinya dengan sikap angkuh, bengis dan meletakkan akal mengatasi pendekatan Islamiyyah. Hatinya pun tidak dapat membisikkan kepadanya bahawa kakitangan bawahan jelek dengan sikapnya yang BIADAP.
Kami dah bosan dengan suasana mazmumah ini. KAMI NAK BALIK KE JAKIM.
Labels:
mas'uliyyah
Tuesday, November 11, 2008
LAKSA SUNGAI BULOH
Semalam setelah selesai tugas, sempat singgah untuk kali kedua di Sungai Buloh. Ada sebuah gerai makan yang menjual Roti Jala, Laksa dan Air Kelapa. Wah, memang sedap.
Labels:
habis audit cari makan
Thursday, November 6, 2008
HADIAH PERKAHWINAN UNTUK HISYAM
Selasa(4.11.2008) : Hisyam tiba di Bangi pada pukul 6.00 petang. Dia kata ada seminar di PICC, Putrajaya. Hisyam singgah menetap di kuarters saya.
Rabu(5.11.2008) : Malam ni saya ajak Hisyam pi Jusco Taman Equine untuk beli hadiah perkahwinan dia. Hahaha. Saya dah janji nak bagi hadiah kepada dia tapi tak sempat nak beli sebelum ini dan tak dapat hadir ke kenduri di Pahang. PELIK TAPI BENAR. Tak pe lah Hisyam, anggap jer la hang tak pernah tengok hadiah yang kita beli malam ni. Buat2 tak nampak jer..Hehehe.
Bukan sahaja beli, bahkan dibalut cantik lagi tuu.... Selepas beli hadiah, kitaorang pi ziarah Tengku Azlan dan isterinya di Taman Lestari Putra. Kebetulan pulak rumahnya bertentangan dengan rumah kawan saya semasa bekerja di Tabung Haji. Haji Nazim bin Kamari. Singgah jap ke rumah dia. Minum2 dan borak2 sikit. Pastu, ajak Hisyam balik ke Putrajaya.
Sebelum sampai ke kuarters, kami pusing2 kawasan Putrajaya dalam 30 minit.
Khamis(6.11.2008) : Petang ni Hisyam akan balik semula ke Pahang. Nanti nak letak gambar Hisyam di Jusco Taman Equine. Bergaya oo...
Labels:
ukhuwwah
Subscribe to:
Posts (Atom)