KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil alih semula peranan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk mengendalikan urusan pengeluaran sijil halal, berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata Kabinet meluluskan memorandum mengenai perkara itu yang dikemukakan oleh pihaknya dalam mesyuarat, kelmarin.
Katanya, langkah itu bertujuan memperkasa kewibawaan HDC yang terbabit dalam usaha pembangunan hab halal, supaya semakin berdaya saing dan dapat memberi tumpuan kepada proses pengeluaran produk mereka sehingga ke peringkat global.
Selain itu, beliau berkata, keputusan berkenaan juga diharap meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa sijil halal dikeluarkan oleh Jakim sebagai agensi kerajaan yang sudah utuh dalam bidang terbabit.
“Memang tumpuan besar HDC ialah untuk (pengeluaran) produk sebab kita hendak melihat ia (berkembang) bukan hanya pada peringkat serantau, tetapi juga global. Justeru, kita lihat agak kurang sesuai pengeluaran sijil halal diletakkan di bawah tanggungjawab HDC dalam kadar tugasannya yang begitu luas dan besar.
“Malah, permintaan kepada halal begitu tinggi pada peringkat antarabangsa. Justeru, sudah sampai masanya dipisahkan tanggungjawab pengeluaran produk dan tugas mengeluarkan sijil halal dikembalikan kepada Jakim,” katanya pada sidang akhbar di lobi Bangunan Parlimen di sini, semalam.
Berikutan itu, Jamil Khir berkata, perjawatan yang dipinjamkan kepada HDC, termasuk dari Kementerian Kesihatan, dikembalikan kepada pihak Jakim untuk membantu memperkukuh pensijilan halal.
“Logo halal yang sama akan digunakan, manakala sijil halal sedia ada (yang sudah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini) berjalan seperti biasa kerana ia mematuhi audit kepatuhan,” katanya.
Selain itu untuk memperkasa industri halal negara, beliau berkata, beberapa langkah sedang diteliti, termasuk dari segi perundangan dan kaji selidik, bagi memastikan produk dikeluarkan bukan saja diperakui melalui sijil, tetapi juga lebih berdaya saing serta berkualiti.
Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan merancang untuk menyediakan sebuah institut halal di bawah pengurusan Jakim, di samping meneliti beberapa akta berkaitan yang perlu diperkukuhkan.
“Kita juga akan melihat ke arah mempercepatkan proses permohonan. Saya berharap dengan penyerahan kembali peranan mengeluarkan sijil halal ini, Jakim akan membuat pengukuhan dari segi kaedah pengeluaran, proses yang cekap dan tidak mengambil tempoh panjang.
“Kita faham produk ini perlu berdaya saing tinggi dalam pasaran. Maka jika produk lambat keluar, menyebabkan mungkin persaingan itu akan menjadi lambat dan sebagainya,” katanya.
Selain itu, Jamil Khir berkata, kerjasama rapat akan dijalinkan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke arah memastikan penguatkuasaan pensijilan untuk membanteras gejala sijil halal palsu.
Sumber : Berita Harian Online
Friday, July 10, 2009
Tuesday, June 16, 2009
SEMINAR ISU SELATAN THAILAND
TARIKH : 20 JUN 2009 / 26 JAMADIL AKHIR 1430
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-MUHSININ, TAMAN DANAU DESA, OFF JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR
Penceramah :
Dato’ Hj. Md Saleh Hj. Ahmad
Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Farid bin Mat Zin
Penganalisis isu Thailand / Pensyarah UKM
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
Seminar terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan.
Anjuran :
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
Keterangan lanjut hubungi : Sdra. Azmi (019-384 2920)
http://ulamadaily.blogspot.com/
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-MUHSININ, TAMAN DANAU DESA, OFF JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR
Penceramah :
Dato’ Hj. Md Saleh Hj. Ahmad
Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Farid bin Mat Zin
Penganalisis isu Thailand / Pensyarah UKM
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
Seminar terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan.
Anjuran :
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
Keterangan lanjut hubungi : Sdra. Azmi (019-384 2920)
http://ulamadaily.blogspot.com/
Thursday, June 11, 2009
KENDURI SITI MAHIZAN
Memang dah terlewat untuk tulis sedikit tentang kenduri salah seorang rakan yang berkahwin pada 2 Mei 2009 di Kampung Bukit Kapar.Namun, atas permintaannya yang mahukan gambar serta sedikit cerita dimasukkan ke blog ini, maka saya pun tulislah sedikit.
Alhamdulillah.Beberapa orang rakan KK9 UM telah turut memeriahkan majlis tersebut untuk memenuhi jemputan Kak Siti Mahizan. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Di saat ini, saya pula menantikan hari2 yang bersejarah dalam hidup untuk menamatkan zaman bujang.
Labels:
mawaddah wa rahmah
Tuesday, June 9, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN NASIR
ALHAMDULILLAH.Majlis Perkahwinan saya di Lekir telah selesai dan berjalan dengan lancar.Ribuan terima kasih atas kehadiran rakan2 serta kenalan.Tidak dilupakan juga kepada Izzuddin kerana banyak membantu persiapan kenduri.Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 3.30 petang.Cuaca hari tuu panas.Berpeluh2.
Labels:
mawaddah wa rahmah
Subscribe to:
Posts (Atom)